Recipe...recepi...It all about food.I love to try new recipe....and enjoy eating as well....we love good food....

Tuesday, April 27, 2010

MEE UDANG

MEE UDANG
Bahan Kuah

Kulit dan kepala udang secukupnya - basuh bersih, rebus dan blend - tapiskan dan ambil airnya
1 - 2 senduk cili blend - ikut kepedasan masing²
5 ulas b. merah - kisar
2 ulas b. putih - kisar
3 sudu besar sos tiram
1 botol tomato sup
3 sudu besar sos cili
udang - anggaran dalam 30 ~ 40 ekor -
1 senduk minyak - untuk menumis

1. Panaskan Minyak, tumis bahan kisar sampai perang, masukkan cili blend dan biar sehingga naik bau.
2. Bila dah naik minyak masukkan air rebusan udang tadi , sos tiram, sos cili, tomato sup. biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan udang.
3. Biarkan seketika dalam 4-5 minit....dah masak.
4. Boleh jugak kalau nak teruskan masukkan sayuran...jika suka

Bahan Mee dan hiasan

Mee kuning - dicelur
Telur rebus - belah 4
Tauhu - goreng dan potong nipis
Sawi - potong dan celur
Kentang rebus - potong nipis²
Tomato - potong nipis
Daun sup n daun bawang....

Friday, April 23, 2010

DAGING BLACK PEPPER

DAGING BLACK PEPPER

500g daging batang pinang (dihiris tipis)
1 sudu kecil bawang putih dicincang
1 sudu besar sweet sauce (boleh guna kicap manis saja)
1 sudu makan oyster sauce
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
1/4 cawan air
Minyak untuk menumis
Bahan B:
1 cawan capsicum (campur semua warna) dihiris
1 biji bawang bangla di potong enam
1 ikat daun bawang dipotong sepanjang 3 inci
2 biji tomato besar potong enam
3 inci halia di hiris halus seperti batang mancis

Panaskan sedikit minyak dikuali.. masukkan bawang putih, daging dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga daging empuk.. Akhir sekali masukkan sos manis, sos tiram, dan kesemua bahan B. Setelah sebati.. masukkan sedikit air. Bubuh garam dan gula jika perlu..

SATAY

ANIKA SATAY
Bahan A ~

1 kg daging kambing/ peha ayam/ lembu
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
sejari halia
sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih
~ bahan rempah diatas di kisar halus
250g gula pasir
garam secukup rasa
Lidi sate

Bahan B ~
1 biji buah keras, ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak makan
(bahan B ini di bancuh bersama)

Bahana C ~ Kuah Sate
600g kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak
30batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40g belacan
(semua bahan diatas di kisar halus)
60g asam jawa
240g gula halus
2 batang serai dititik
sejari lengkuas dititik
minyak untuk menumis

Cara untuk bahan A ~
Daging dicuci bersih dan ditoskan. Hiris daging mengikut citarasa masing2. Tetapi setelah dihiris jangan dicuci lagi. Gaul hirisan daging ini dengan rempah kisar, gula dan garam sehingga rata. Perap selama 2 hingga 3 jam supaya rempahnya meresap. Barulah dicucuk dengan lidi. Bakar diatas tempat pembakar sate dengan menggunakan api arang. (I grilled the satay in the oven) Renjis dengan bahan 'B' dan bakarlah sehingga garing dan masak. Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.

Cara untuk Bhaan C _ Kuah Sate
Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. Asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis. Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. Masukkan serai dan lengkuas titik. Tuangkan air asam . Kacau rata. Masukkan pula gula pasir dan garam. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana. Kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan. Kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman.

Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )
• 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
• 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
BAHAN PERAP
• 2 batang serai
• 1/2 inchi halia
• 1/2 inchi lengkuas
• 1/2 cawan jintan manis
• 1/2 cawan jintan putih
• 1/2 cawan gula
• Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
• 4 sudu besar sos tiram
• 4 sudu besar kicap pekat
• 4 ulas bawang putih
• 4 ulas bawang merah
• 5 sudu besar minyak masak
BAHAN PERCIK
• 1/2 cawan minyak masak
• 4 sudu besar susu tepung
• 1 batang serai diketuk

BAHAN KUAH
• 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
• 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
• 2 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 2 batang serai
• 1/2 cawan gula perang
• Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN
• Timun secukupnya sebagai ulam
• Bawang besar sebagai ulam
• Ketupat nasi (jika suka)
• Lidi satay secukupnya
Cara-cara
1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.

♥Satay Goreng™
Bahan-bahan ( 10 orang )
• 1 kilo daging kambing/lembu/ayam – ( cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.)
• 150 g gula pasir
• 100 g gula merah
• 100 g madu, 2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
• 3 sb ketumbar biji - sangar
• 2 sk jintan halus - sangar
• 1 sb lada sulah biji
• 6 ulas bawang putih
• 1/2 jari halia
• 2 hiris lengkuas
• 4 batang serai - hiris
• 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

SOTO MADURA

SOTO MADURA
BAHAN-BAHAN:
250 gm paru (rebus)
250 gm perut (rebus)
250 gm tetel (daging cincang direbus)
4 helai daun limau purut
3 batang serai (ketuk)
Garam
Bawang goreng
Daun bawang dan sup
Limau nipis
Suhun (rendam)
1 sudu besar kicap manis

BAHAN KISAR:
2 sudu besar lada hitam
4 cm halia
3 cm kunyit
9 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:
1. Sewaktu merebus paru, perut dan tetel, tinggalkan air rebusan sebanyak seliter.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga garing.
3. Kemudian masukkan daun limau purut dan serai.
4. Tuangkan air rebusan, dan bubuhkan garam.
5. Masukkan bahan yang direbus (potong dadu).
6. Sewaktu menghidangkan soto madura, campurkan suhun, daun bawang, daun sup, perahan limau nipis dan kicap manis.

SOTO KUDUS

SOTO KUDUS

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (potong empat)
2 liter air
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 helai daun salam
5 cm lengkuas (ketuk)
1/2 sudu besar lada hitam
3 sudu besar kicap manis
Taugeh
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus ayam dengan dua liter air hingga masak. Angkat ayam dan ketepikan.
2. Dalam periuk yang lain, panaskan sedikit minyak, dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar.
3. Tuangkan air rebusan ayam, lengkuas dan daun salam.
4. Masukkan lada hitam, garam dan kicap manis. Biarkan mendidih.
5. Ayam yang dituskan tadi, digoreng dalam minyak yang penuh.
6. Siatkan isi ayam.
7. Sewaktu menghidangkan, masukkan taugeh, daun bawang, bawang goreng, perahan air limau, isi ayam dan juga kuah soto.

MEE BANDUNG MUAR

MEE BANDUNG MUAR
BAHAN A:
3 sudu besar cili kering (giling)
50 gm udang kering (tumbuk)
5 ulas bawang kecil (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar kacang tanah (tumbuk)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk memasak

BAHAN B:
1 bungkus mi
500 ml air
200 gm udang
100 gm sotong
200 gm sawi
2 biji telur
Sedikit bawang goring

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan kesemua bahan A, apabila sudah garing masukkan air dan biarkan hingga
mendidih.
2.Masukkan sotong, udang dan sawi.
3.Masukkan pula mi dan pecahkan telur.
4.Akhir sekali masukkan air dan biarkan mendidih.

Thursday, April 22, 2010

LAKSA TONGKOL

LAKSA TONGKOL
BAHAN A:
2 ekor ikan tongkol (rebus)
3 sudu besar cili kisar
4 labu bawang besar (kisar)
2 batang serai (ketuk)
2 kuntum bunga kantan (hiris kasar)
2 keping asam gelugur
4 tangkai daun kesum
1000 ml air

BAHAN B:
1 bungkus laksa (rebus)
2 labu bawang besar (hiris)
1 batang timun (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
5 tangkai cili padi (hiris)
2 biji telur rebus

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ikan tongkol yang telah direbus dikisar halus.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan kesemua bahan A dan tuangkan air. Masak sehingga mendidih.
3. Tambahkan garam secukup rasa. Hidangkan laksa dengan kuah serta hirisan bawang besar, timun, cili merah, cili padi dan telur rebus.

MEE HAILAM

MEE HAILAM Recipe

Fresh noodles ( I used kway teow and rice)
Beef fillet ( I used prawns and fishballs)
onion sliced
chopped garlic
chicken cube
chilli powder
oyster sauce
sweet soya sauce
soya sauce
tomato sauce
vegetables ( I used sugar beans, carrots and tomatoes & some shitake)
cornflour mix with water ( I didn't add this cos mine was dry)

Stir -fry all ingredients, putting prawns/ fishballs and vegetables last. Add a little liquid for dry noodles.. and more if you want more soup. Add noddles and stir in eggs. ( If you're making the soup version, remember to blanche the noodles and set aside.) Pour soup on noodles only when ready to eat. Best serve with fried shallots and chopped chinese parsley.

UDANG MENTEGA

UDANG MENTEGA
Bahan A
12 ekor udang sederhana besar
1 cawan tepung rangup
½ cawan air

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan udang dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Gaulkan bersama tepung rangup serta sedikit air dan goreng sehingga masak. Ketepikan.

Bahan B
3 biji telur
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
8 tangkai cili padi - hiris halus
Sedikit daun kari
1 cawan mentega
Sedikit gula

CARA MENYEDIAKAN:

1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tuangkan telur sedikit demi sedikit diikuti dengan bunga kantan, cili padi, daun kari dan sedikit gula sehingga garing.
2. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Tutup api angkat dan hidangkan.

KARI KETAM

KARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam (potong dua)
1 sudu kecil herba campur
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
2 cawan santan
1 cawan air asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan herba campur, serbuk kari, daun kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air dan tumis lagi.
4. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila kuah mendidih, masukkan ketam, dan biarkan ia masak.

DENDENG PARU TIGA RASA

DENDENG PARU TIGA RASA
Bahan A:
300 gm paru
250 gm hati lembu
250 gm daging lembu

Bahan B:
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan cili kisar

BAHAN C:
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu

BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit
2 batang serai

BAHAN LAIN:
Minyak
1 cawan santan
Kulit kayu manis
3 sudu besar kerisik
Garam
2 sudu besar air asam jawa
1 cawan bawang goreng

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus bahan A hingga lembut. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan separuh bahan kisar, bahan B dan bahan C, masak selama setengah jam.

2. Panaskan setengah cawan minyak dalam kuali dan goreng bahan perap hingga garing dan ketepikan.

3. Panaskan setengah cawan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis dan lebihan bahan kisar, lebihan bahan B serta lebihan bahan C, hingga naik bau.

4. Masukkan air asam jawa, kerisik dan santan. Kacau rata hingga mendidih.

5. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau balikkan dan tabur dengan bawang goreng. Hidangkan.

UDANG PERCIK

UDANG PERCIK
BAHAN-BAHAN:
600 gm udang harimau
1 sudu besar gula melaka
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan
1 helai daun kunyit
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Udang dilumur dengan garam dan bakar.
2. Satukan santan dalam periuk bersama daun kunyit dan garam. Renehkan sehingga pekat.
3. Kemudian masukkan kerisik dan gula melaka. Biarkan ia pekat dan curahkan pada udang.

IKAN PARANG BEREMPAH

IKAN PARANG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
500gm ikan parang - cuci bersih
4 cawan air asam jawa (secukup rasa masam)
Minyak masak secukupnya
3 helai daun limau purut
4 tangkai cili hijau - belah dua
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR BASAH:
4 cm halia
6 cm kunyit hidup
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm belacan melaka
8 cm kelapa bakar

BAHAN KISAR KERING:
2 sudu besar ketumbar
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:
1) Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar basah hingga naik bau.
2) Masukkan daun limau purut dan bahan kisar kering dan tumis lagi.
3) Tuangkan air asam jawa, biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan parang, cili hijau dan garam secukup rasa. Biarkan ikan masak.

* Resipi ini adalah resipi lama Melaka yang jarang dimasak, kecuali orang tua-tua. Kebiasaannya, bahan-bahan digiling halus, jika dikisar rasanya tidak sesedap digiling.

IKAN MASAK MASAM MANIS

IKAN MASAK MASAM MANIS
1 ekor ikan ( dibersihkan, dilumur dengan telur putih dan tepung jagung lalu digoreng garing)
5 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
10 tangkai lada kering dicelur dan dikisar
1 labu bawang bangla dipotong 6
2 biji tomato didadu
capsicum dipotong dadu (berbagai warna jika suka)
nenas dipotong kecil
carrot dihiris
timun buang hatinya dan dipotong kecil
daun bawang dihiris panjang
3 sudu besar sos tomato
1 sudu makan sos tiram
beberapa titik minyak bijan
1 cube stok ayam
sedikit tepung jagung untuk memekatkan dibancuh dengan sedikit air
300ml air
garam dan serbuk lada putih

Panaskan minyak dikuali.. tumiskan bawang putih, halia dan cili kisar. Sesudah garing, masukkan stok ayam, sos tiram, tomato sos, minyak bijan, semua sayuran yang sudah dipotong dan bawang besar. Tumis sebentar, baru tuangkan air dan rasa. Tambahkan garam jika perlu dan serbuk lada putih. Pekatkan kuahnya dengan sedikit bancuhan air tepung jagung. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang. Matikan api dan tuangkan kuah atas ikan yang sudah digoreng.

NASI GORENG IKAN MASIN

NASI GORENG IKAN MASIN
NASI GORENG IKAN ASIN
2kg beras ( dimasak nasi seperti biasa)
sayur campuran
ikan kurau kering dicuci bersih, dipotong kecil dan digoreng garing
5 ulas bawang putih dicincang halus
5 batang cili padi di cincang halus (optional- tak payah taruh jika tak mau pedas)

Bahan B:
4 biji telur
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar light soya sauce
garam & serbuk lada putih

Bahan-bahan B disatukan didalam mangkuk dan gaul sebati.

Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan perencah cincang dan tumis. Jangan sampai hangus. Masukkan nasi dan sayuran. Tumis nasi sebentar. Buatkan lubang ditengah2 kuali dan tuangkan cairan telur. Gaul rata pada nasi. Tambahkan garam jika perlu. Akhir sekali masukkan ikan kurau yang telah digoreng.. kacau dan matikan api. Hidang bersama bawang goreng dan daun ketumbar.

AYAM ROAST ALA BARAT

AYAM ROAST ALA BARAT (Mami Asmah Laili)
1 ekor ayam (berat anggaran 1 1/2kg hingga 2kg ~ jangan dibelah dan jangan dibuang kulitnya)
Cuci bersih ayam dan toskan , lalu dilumur dengan sedikit garam
2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu makan serbuk lada hitam yang kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 biji lemon, ambil jusnya
200g mentega lembut ( kak rossya guna olive oil)

Bahan2 Sayuran:
sedikit garam untuk tabur atas sayurnya
1 biji bawang besar ~ belah empat
500g kentang kecil dicuci bersih dan jangan kupas kulit
10 biji broccoli (boleh dilebihkan) potong hujung dan cuci bersih
2 biji tomato belah 4
beberapa biji cherry tomato
Beberapa biji baby carrot ~ kukus sebentar (jika mahu)

CARA ~ Alas tin pembakar dengan kertas timah yang lebih lebar dari dulangnya. Panaskan ketuhar 180C. Kicap, jus lemon., lada hitam dan buah pala digaul rata dalam mangkuk. Lumurkan pada ayam. Masukkan perutnya sedikit mentega dan cecair perapan. Biarkan sebentar supaya meresap kedalam ayam. Terbalikkan ayamnya dan ikat kedua2 kakinya dengan benang putih kasar, supaya bila dimasak, kakinya bercantum.. begitu juga dengan kedua kepaknya. (Ikat longgar sahja)

Setelah itu, alihkan ayam kedulang pembakar, dengan bahagian belakang diatas. Curahkan lebihan cecair diatas ayam. Sapu ayam dengan mentega terutama didalam perutnya. Selitkan ubi kentang kecil ditepi-tepi ayam, terutama dibawahnya Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato ceri dan broccoli didalam perut ayam. Hias sekelilingnya dengan lebihan tomato, broccoli dan bawang besar. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 30 minit. Jika terdapat banyak cecair yang keluar, senduk dan sira diatas ayam. Masukkan semula kedalam ketuhar dan bakar lagi selama 20 minit sehingga masak. (Jikalau kentang kecil belum empuk, biarkan kentang masak beberapa minit lagi.)

IKAN KUKUS

IKAN KUKUS
1 ekor ikan siakap
2 inci halia muda dihiris halus
1 batang lada merah dibuang biji dan dihiris halus
1 ikat daun bawang di hiris memanjang
5 batang cili padi di hiris halus(jika suka)
1 sudu besar light soya sauce
beberapa titik minyak bijan
sedikit cuka putih
sedikit sawi asin jika suka (direndam sebentar)

Bersihkan ikan dan dikelar2. Lumur ikan dengan serbuk lada putih dan isiskan dengan sedikit hirisan halia muda.
Satukan semua bahan2 yang tinggal didalam sebuah mangkuk. Gaul rata . Rasa jika perlu ditambahkan sedikit garam. Tuangkan cairan ini keatas ikan dan kukus selama 15 minit atau sehigga ikan masak. Hidangkan ketika panas.

TULANG MASAK MERAH

SUP TULANG (BONE STEAK)
6 biji bawang putih
2 biji bawang besar
1cm halia
3 senduk cili boh (tambah jika mau pedas)
3 senduk tomato sos
3 kg tulang
3 biji kentang di rebus dan dikisar dengan sedikit air
1 biji telur
sedikit garam, gula dan serbuk lada putih

CARA:
Tulang hendaklah direbus bersama 1 sudu makan rata rempah sop sehingga isinya lembut.. lebih kurang 2-3 jam Kalau gunakan pressure cooker hanya 30minit sahja.

Halia, bawang putih dan bawang besar dikisar halus. Panas kan periuk dan tuang sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama cili boh sehingga garing. Kemudian masukkan tulang dan bahan2 yang lain bersama air rebusan tulang. Kuah Tulang ini tidak boleh terlalu cair. Masukkan garam, sedikit gula, serbuk lada putih dan serbuk perasa jika suka. Akhir sekali campur kan kentang kisar dan masak sehingga kuahnya pekat. Masukkan sebiji telur kedalam kuah. Dan kacau sebentar sahja lalu matikan api.

Semasa menhidangkan, taburkan hirisan kobis mentah yang sudah dicuci bersih.
Enak dimakan bersama roti Perancis. nyum nyum.. Sedapppppppppp

Wednesday, April 21, 2010

ARSIK SIAKAP BERCILI

BAHAN-BAHAN:
1 kg siakap
5 biji limau nipis
2 batang serai (tumbuk)

BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering
10 gm cili padi

BAHAN B:
Sehelai daun kunyit
2 sudu kecil serbuk kunyit
50 gm kerisik
50 gm santan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Perapkan ikan siakap dengan air limau nipis dan serai selama setengah jam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Tumiskan bahan kisar dan B hingga naik bau. Masukkan santan dan kerisik ke dalam tumisan tadi.
4. Tuangkan bahan tumis tadi di atas ikan.

SIAKAP LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
10 helai daun kari
50 gm marjerin
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 tin susu cair
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ikan siakap dan go­reng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan.

2. Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan.

3. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau.

4. Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan.

SIAKAP KUKUS TAUCU

Bahan-bahan:
3 gm cili padi (potong)
5 gm cili merah (potong nipis)
5 gm saderi (potong nipis)
3 gm bawang putih (mayang)
3 gm halia muda (mayang)
3 sudu kecil taucu
3 sudu kecil sos soya
3 biji buah plum
4 gm bawang merah (mayang)
2 sudu kecil sos plum
30 gm gula
1 ekor ikan siakap

Cara membuat:

1. Bersihkan ikan kemudian dipotong nipis.
2. Susun kepingan ikan yang telah dipotong ke dalam pinggan.
3. Taburkan semua bahan di atas ikan.
4. Kukus sehingga ikan tadi masak.
5. Hidangkan ketika ikan masih panas.

SIAKAP KUKUS

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (bersihkan)
1 sudu kecil minyak bijan
150 ml air rebusan ayam
Garam,gula & lada sulah secukup rasa

Bahan kisar:
10 gm halia
10 gm bawang merah
10 gm cendawan hitam
15 gm taucu

Cara menyediakan:
1. Ikan dikukus sehingga masak
2. Satukan kesemua bahan kisar. Kacau perlahan-lahan di atas api perlahan sehingga menjadi pekat.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam, gula dan lada sulah.
4. Akhir sekali tuangkan di atas ikan dan hidangkan.

KETAM MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
1 kg ketam nipah/biasa
2 labu bawang besar (kisar)
2 cm halia (kisar)
2 sudu besar cili giling
3 sudu besar sos tomato
2 biji telur
Sedikit garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ketam dan buang kulitnya.
2. Panaskan sedikit (dua cawan) air di dalam kuali bersama bawang besar, cili giling, sos tomato dan sedikit serbuk perasa.
3. Kemudian masukkan ketam dan masak sehingga mendidih dan biarkan kuahnya pekat.
4. Akhir sekali barulah masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
5. Biarkan seketika dan hidangkan.

KETAM MASAK LADA HITAM

KETAM MASAK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
40 gm halia
1 tangkai cili merah
50 gm sos lada hitam
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
1 sudu lada hitam (tumbuk)
1 sudu kecil minyak bijan

CARA MENYEDIAKAN:
1) Rebuskan ketam dan ketepikan.
2) Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili yang
dihiris halus.
3) Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam.
Kacau rata.
4) Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih.
5) Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul. Gaul rata dan biarkan
mereneh.

UDANG MASAK BETAWI

BAHAN-BAHAN:
500 gm udang
1/2 sudu kecil lada sulah serbuk
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (pukul hingga berbuih)
100 gm tepung jagung
2 ulas bawang putih (ketuk)
7 tangkai cili padi (hiris)
1 tangkai daun bawang (hiris)
1 sudu besar bawang putih goreng
1 sudu kecil lada sulah biji (tumbuk)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan serbuk lada sulah, garam dan perahan air limau selama setengah jam.
2. Kemudian tuskan. Setelah kering airnya, taburkan sedikit tepung jagung dan gaul rata.
3. Tuangkan telur. Kemudian tuangkan selebih tepung jagung dan gaul sebati.
4. Goreng hingga kuning, angkat dan ketepikan.
5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi dan lada sulah.
6. Tumis hingga layu. Masukkan semula udang dan taburkan daun bawang dan bawang putih goreng.

KUPANG TUMIS HALIA

BAHAN-BAHAN:
1 kg kupang
100 gm halia
100 gm bawang merah [kisar]
10 gm bawang putih [kisar]
3 sudu besar sos tiram
1 kiub stok ayam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan kiub ayam dan biarkan selama 10 minit.
3. Masukkan kupang dan biarkan selama lima minit.

SOTONG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
250 gm sotong
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar udang kering
1 sudu kecil sos tiram
Garam dan gula
1 sudu besar air limau nipis
2 ulas bawang putih (ketuk)
Aluminium foil secukupnya.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau.
2.Masukkan udang kering, sos tiram, garam dan gula secukup rasa dan kacau rata.
3. Masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan masak sehingga pekat.
4. Sediakan aluminium foil masukkan sambal, sotong dan lipat.
5. Kemudian panggang selama 15 minit.

CUMI PETAI

BAHAN A:
100 gm sotong
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil gula
1 batang serai (cincang)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

BAHAN B:
1 sudu besar minyak masak
100 gm bawang besar (hiris kasar)
1 papan petai
3 tangkai cili padi (ketuk)
1 sudu kecil lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan sotong dan buangkan kulitnya. Kemudian perapkan bahan A dengan bersama sotong.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan cili padi sehingga naik bau.
3. Masukkan sotong yang diperap tadi, masak selama dua minit. Tambahkan garam dan lada hitam.

KETAM GORENG BERCILI

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos Thai
Garam dan gula

BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
6 tangkai cili merah
6 tangkai cili kering
CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng ketam yang digaul dengan kunyit dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan semua sos, kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa dan tumis lagi.
4. Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan ketam dan kacau hingga sekata.

UDANG TERATAI

BAHAN –BAHAN
450 gm udang harimau
Minyak masak untuk menumis

BAHAN A:
5 tangkai cili merah
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
10 ulas bawang kecil
2 batang serai
1 batang bunga kantan
200 gm nanas

BAHAN B:
1 sudu kecil otak udang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil tepung ubi

BAHAN PERAP:
1 biji telur
2 sudu kecil sos tiram

CARA MENYEDIAKAN:
1. Udang harimau digaul garam sedikit lalu digoreng hingga kekuningan.
2. Kisar semua bahan A lalu tumiskan selama 30 minit.
3. Masukan bahan B kacau sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit. Selepas itu, masukkan udang yang telah digoreng tadi.

GULAI SOTONG

GULAI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
250 gm sotong
3 cm lengkuas (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
1 helai daun kunyit (kisar)
5 helai daun limau purut
250 ml santan
100 ml air
10 tangkai cili merah (kisar)
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan bahan-bahan kecuali sotong dan didihkan.
2. Pastikan santan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.
3. Setelah 20 minit, masukan sotong dan garam, kacau lagi.

BRAYANI DAM KAMBING

BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmati
1 kg daging kambing
250 gm minyak sapi
1.3 liter air
Garam
100 gm badam
100 gm gajus
50 gm daun pudina
50 gm daun ketumbar
250 ml susu cair
50 gm bawang goreng
100 ml air mawar

BAHAN B:
5 biji tomato (dadu besar)
5 ulas bawang putih (kisar)
4 cm halia (kisar)

BAHAN C:
1 cawan tairu
300 gm tomato puri
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar serbuk lada
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 tangkai cili hijau (patah dua)
Setangkai daun ketumbar

BAHAN TUMIS:
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
4 labu bawang besar (cincang)

CARA MENYEDIAKAN:
1) Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan-bahan tumis hingga
naik bau.
2) Kemudian masukkan pula Bahan-bahan B. Tumis lagi sehingga naik bau.
Masukkan pula bahan C.
3) Gaul rata dan tumis lagi sehingga lima minit.kemudian masukkan daging
kambing. gaul sebati.
4) Masak sehingga daging menjadi tiga per empat empuk. Boleh juga dituangkan
dua cawan air sewaktu mengempukkan daging. Tapi pastikan air dua cawan itu
benar-benar kering sebelum dituang 1.3 liter air.
5) Akhir sekali tuangkan susu cair, garam, sedikit gula, dan beras yang ditus.
6) Biarkan air mendidih dan nasi ditanak seperti biasa. Sebelum air kering, masukkan
daun pudina, gajus, badam, bawang goreng dan air mawar. Boleh juga dibubuhkan
pewarna yang telah dibancuhkan dengan satu sudu besar air.
7) Titiskan pewarna di atas permukaan nasi yang mula mengering. Tutup periuk dan
Jangan digaul dulu. Setelah nasi masak, barulah boleh digaul.

NYONYA MELAKA LAKSA

BAHAN A:
200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering
60 gm udang kering

BAHAN LAIN:
Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar
1 liter santan
250 ml air
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN HIASAN:
Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
Telur rebus

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar semua bahan A dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah hidangkan dengan pilihan mi ataupun mihun.

LAKSA JOHOR

LAKSA JOHOR
BAHAN UNTUK KUAH:
500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar)
2 liter santan (2 biji kelapa)
40 gm udang kering (rendam dan kisar)
50 ml air asam jawa
60 ml minyak masak
50 gm daun kesom (kisar halus)

BAHAN UNTUK PES:
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili

BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kecil lada hitam

BAHAN HIASAN:
Timun (potong nipis dan memanjang)
Lada merah (hiris)
Bawang besar (hiris)
Daun selom
Kacang panjang (hiris halus)
Telur rebus dan belah dua
Limau kasturi (belah dua)
Sedikit lobak masin
Sedikit taugeh
Sedikit hirisan daun selom
Sambal belacan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pes dan kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan santan dan kacau perlahan.
4. Masukkan isi ikan, udang kering dan air asam jawa.
Selepas beberapa minit masukkan daun kesom.
5. Kacau perlahan dan masukkan garam, gula secukup rasa, dan biarkan mendidih.
6. Boleh dihidangkan bersama spageti dan bahan hiasan.

SOTO BETAWI

SOTO BETAWI
BAHAN-BAHAN:
200 gm paru
200 gm perut
200 gm tetel
2 cawan santan pekat
2 helai daun salam
1 batang kulit kayu manis
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Keropok melinjau
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 cm halia
3 hiris lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada hitam
3 biji buah keras
3 cm kunyit (bakar)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Seperti biasa rebus semua bahan dalaman lembu dan potong kecil. Air rebusan disisakan sebanyak satu liter.
2. Dalam periuk tuangkan bahan kisar dan renehkan sehingga airnya kering dan naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan rebusan, kulit kayu manis, air rebusan, daun salam, dan santan. 4. Sewaktu menghidangkan soto Betawi ini, taburkan daun bawang, perahan limau nipis, bawang goreng, dan juga keropok ­melinjau.

SOTO BANJAR

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (potong dua)
2 liter air
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1/2 sudu besar lada hitam
100 gm suhun (rendam)
Daun bawang
2 biji telur rebus
Bawang goreng
Kentang (goreng dan potong panjang)
BAHAN SAMBAL:
6 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
4 biji buah keras (bakar)
1 sudu kecil belacan
Gula dan garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus ayam hingga masak dan angkat. Siatkan isinya.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan putih yang dikisar hingga garing.
3. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, dan bunga cengkih.
4. Tuangkan lebihan air rebusan dan bubuhkan garam dan lada hitam.
5. Rebus selama setengah jam.
6. Sewaktu menghidangkan, bubuhkan suhun, isi ayam, bawang goreng, daun bawang, kentang dan juga nasi impit.

**********************************************************************************************

SEAFOOD AGLIO OLIO

SEAFOOD AGLIO OLIO
Bahan-bahan:
180gm spageti
1 kupang
40gm udang harimau
50gm sotong – dipotong kecil
5gm cili merah – dihiris
5gm daun basil segar – dihiris
1 sudu besar bawang putih cincang
½ sudu kecil lada hitam kisar
½ sudu kecil serbuk cili
Garam secukup rasa
Minyak zaitun
Keju parmesan – untuk ditabur

Cara menyediakan spageti:
1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Masukkan spageti dan masak mengikut spesifikasi pada paket spageti.
2. Tos dan lalukan di bawah air sejuk beberapa saat.
3. Letak spageti di dalam pinggan dan gaulkan sedikit minyak zaitun agar tidak melekat.

Cara menyediakan sos spageti:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan kupang serta sotong.
3. Besarkan api dan tambah udang. Balik-balikkan dan teruskan menumis tiga ke lima minit hingga semua makanan laut hampir masak.
4. Tambahkan lada hitam, cili hiris, serbuk cili dan garam.
5. Gaulkan spageti dan apabila selesai, tabur basil cincang dan parutan keju parmesan.

BINGKA ROTI UDANG

Bahan Inti:
250 gm udang - buang kulit (untuk dikisar)
150 gm udang - buang kulit (untuk dicincang)
200 gm jagung biji
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun bawang - hiris
Garam dan lada sulah

Bahan:
2 ketul roti burger
1 cawan susu cair
2 biji telur
Kepingan keju

Cara menyediakan inti:
1. Kisar udang, jagung dan bawang putih menggunakan pengisar bahan kering.
2. Masukkan lada sulah, garam , daun bawang serta udang cincang dan gaul rata. Ketepikan.

Cara menyediakan bingka:
1. Koyakkan roti burger kasar-kasar, dan rendam dalam susu cair.
2. Gaulkan bahan inti hingga sebati.
3. Masukkan telur yang dipukul dan gaul lagi.
4. Masukkan adunan dalam mangkuk bersesuaian, dan letakkan keju keping (yang selalu di makan dengan roti) di atasnya. Kalau boleh jangan diisi mangkuk penuh sangat.
5. Kukus selama 20 minit. Bingka ini enak dimakan dengan sos cili.

Info:
Bahan inti dalam resipi ini mungkin terlebih sikit. Anda boleh guna sebahagian daripadanya untuk jadi inti telur dadar.

IKAN KUKUS SERAI

IKAN KUKUS SERAI
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]

Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]

HIASAN
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
8. Hidangkan dengan nasi putih

AYAM STEW

Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak

Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan timis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang & daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengna ansi atau roti.

STEW AYAM

Bahan-bahan
500 gm ayam
5 ulas bawang merah/kecil ]
2 ulas bawang putih ] mayang halus
1 inci halia ]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti.

SUP TULANG ala MAMAK

Bahan-bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

SOTO DAGING

Bahan- [anggaran 10 orang makan]
1 kg tulang [potong kecil]
nasi impit [kakliza gunakan yg paket mini nasi impit >> rebus sampai masak]
taugeh [kakliza gunakan hirisan kobis]
daun bawang dan daun sup [racikkan]
bawang goreng
air secukupnya
garam
minyak

Bahan tumis:
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 s/b rempah kurma
1 s/b lada hitam
5 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan tulang, garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga tulang lembut.
3. Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4. Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil..

Kicap Pedas [mesin halus]
10 biji cili api
2 s/b kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam

MEE BANDUNG

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm ayam (dipotong kecil)
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan.

SERUNDING DAGING

Bahan-Bahan:
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 s/b ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit]

Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang tiga cawan.
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana.
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering.
5. Sejukkan dan simpan.

JOM!!! MARI MASAK Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by faris vio Templates Image by vio's Notez